Hiburan
Wah... Usia Kandungan Dah Melebihi 9 Bulan, Sarimah Ibrahim Masih Gigih Bersenam!
Pengacara cantik, Che Puan Sarimah Ibrahim masih gigih meneruskan aktiviti kecergasan di minggu terakhir kehamilannya.
Bakal melahirkan puteri sulungnya tidak lama lagi, Sarimah berkongsi video senaman yang dilakukannya.
Sarimah memuat naik video terbabit di laman sosial Instagram miliknya.
"Tiada 'clubbing' untuk saya tetapi saya masih boleh melakukan 'shuffle' di gimnasium!
"Jadi, saya sering mendapat banyak kiriman mesej bertanyakan mengenai perjalanan kecergasan saya ketika berada di minggu terakhir kehamilan.
"Dah lebih sembilan bulan dah ni... Siapa kata tak boleh bersenam bila mengandung?" tulis Sarimah.
Tambah pelantun lagu Kini Kau Tiada ini lagi, dia merasakan aktiviti senaman boleh mengekalkan perasaan positif dalam diri.
"Secara peribadi, saya merasakan senaman senaman boleh sentiasa membuatkan anda rasa positif, bersedia dan 'fit' untuk melahirkan anak.
"Ia juga menjadi cara bagaimana saya untuk mengelak 'water retention'. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum bersenam," tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan kegigihan wanita itu dan mendoakan agar proses bersalin Sarimah dipermudahkan.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Must-Watch Video