Nama 'Wahab' menjadi topik sohor kini di media sosial sejak kelmarin dan terbaharu lagu Keindahan Pantai nyanyian Allahyarham M. Shariff turut sama popular.

Semuanya kerana lirik lagu permulaan lagu itu 'Hey Hey Oo Oo' kedengaran seolah-olah menyebut nama Wahab.



Selain lagu itu, filem lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Tiga Abdul juga turut disebut-sebut.

Hal itu kerana dalam filem tersebut adanya watak bernama Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

Terdahulu, nama Wahab tular di aplikasi X gara-gara sepotong video yang menyebut nama 'Wahab' membabitkan individu berpengaruh hangat diperkatakan.