Bencana banjir yang melanda negara dan mula menenggelamkan banyak lokasi membuatkan ramai ikut melahirkan rasa dukacita.

Selain berkongsi video mengenai suasana banjir termasuk keadaan penduduk di sesetengah kawasan yang terpaksa berlindung di atas bumbung rumah sementara menunggu bantuan, ramai pengguna media sosial mengambil kesempatan dengan memberi semangat buat mangsa banjir.

Tidak hanya kata kata semangat, sepotong doa yang dipetik dari ayat 44 Surah Hud menjadi trending apabila digunapakai oleh kebanyakan netizen.

Wahai Bumi Telahlah Airmu, Dan Wahai Langit Berhentilah Dari Curahan Hujanmu”, bunyi ayat ke 44 yang dipetik dari Surah Hud yang menjadi trending tersebut.

Antara yang berkongsi potongan surah tersebut dalam kemas kini di laman sosial adalah PU Amin yang juga mendoakan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia yang sedang dilanda musibah.

“Semoga Allah SWT beri ganjaran yang baik buat mereka yang ditimpa musibah banjir besar kali ini,” tulisnya dalam kemas kini yang dibuat semalam.

Potongan surah yang sama juga kemudian dikongsi oleh ramai pengguna media sosial lainnya.

Sementara itu media melaporkan lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi ini.

Kredit Foto: Sinar Harian
Instagram: @pencetusummah_amin