Wahid Senario Geram Dengan Nurul Huda, Lambat Masuk Live Dengan Pak Ya - "Sekarang Ni Sara Tu Hidup Ker Tak?"
Amri Hassan
03/06/2021 09:40 MYT
03/06/2021 09:40 MYT
Dek penangan drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN), pelawak Wahid Senario terlambat dalam sesi siaran langsung bersama Pak Ya baru-baru ini.
Kata Wahid, dia terlampau geram dengan watak Nurul Huda (Marsha Milan) yang pandai memanipulasi keadaan dan lebih sakit hati apabila Maisara (Uqasha Senrose) meninggal dunia dalam kebakaran.
"Tengah tengok drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Bengang gila dengan Huda tu.
"Masalah sekarang ni, umi dah tahu Huda tu kawan kepada anak dia, dia boleh bagi duduk serumah dengan anak bini Naz.
"Sakit jiwa. Sampai mati Sara tu. Sekarang ni tak tahu Sara tu hidup ke tidak. Geram aku," kata Wahid.
Dalam sesi siaran langsung itu juga, Pak Ya atau nama sebenarnya Ilya Buang bertanya kepada Wahid kenapa dia menjadi tempat melepaskan marah.
"Pasal apa nak marah aku?" tanya Pak Ya.
Jawab Wahid; "Pak Ya rapat dengan Astro, kena bagitu dorang tak boleh macam tu."
Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Maisara dikatakan telah meninggal dunia dalam ketika merempuh masuk rumah Kak Munah yang sedang terbakar pada episod ke-40 Isnin lalu.
Namun, ia menjadi teka-teki apabila drama RASN bersambung lagi sebanyak lapan episod.
Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan drama adaptasi novel terbaik Siti Rosmizah dan dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan.
RASN ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Uqasha Senrose
#Shukri Yahaya
#Wahid Senario
#Marsha Milan
#Nurul Huda
#Rindu Awak Separuh Nyawa
#RASN