"Wait For Me Daddy" - Anak Azmil Mustapha Terus Merindui Bapanya

Elrafaei Sapi
Ogos 17, 2018 16:35 MYT
Kehilangan orang tersayang memang cukup dirasai sesiapa saja apatah lagi perasaan itu dikongsi anak kepada pelakon popular, Allahyarhan Azmil Mustapha yang terus merindui bapanya itu.
Alya Iman memuat naik satu foto kenangan bapanya itu ketika menunggang kuda dengan kapsyen yang menggambarkan dia sangat merindui bapanya itu.
"6 bulan dan 2 hari, tunggu saya daddy," katanya menerusi akaun Instagramnya, @alyimn hari ini.
Aktor yang cukup popular dengan watak Ali Setan itu meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada 14 Februari lalu.
Pemergian pelakon itu turut dirasai ramai rakan artis terutama pelakon Fauziah Ahmad Daud yang pernah sama-sama berlakon dengannya.
Dalam status itu, netizen turut memberi komen sedekah al-fatihah buat Azmil.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @alyimn
#Azmil Mustapha #Fauziah Ahmad Daud #Alya Iman