Gelas minuman yang digunakan penyanyi Justin Bieber ketika meminum susu di sebuah pub di sebuah hotel telah dijual di laman eBay.


Kejadian tersebut berlaku selepas penyanyi itu singgah sebentar di sebuah pub hotel di Hotel Kings Oak di High Beech di Essex untuk minum segelas susu.


The Lad melaporkan, Bieber ketika itu berada di Hotel dan terus memesan segelas susu sebelum memulakan perjalanannya semula.


Kakitangan hotel berkenaan mengambil gelas yang digunakan oleh Bieber dan tidak membasuh gelas lalu menjualnya di eBay dengan harga kira-kira RM200.


Penolong pengurus hotel, Amy Potter turut terkejut apabila selebriti tersebut tiba-tiba datang di pub tersebut kira-kira selama hampir sejam.


"Saya terkejut apabila melihat Justin dan beberapa pengawal peribadinya masuk lalu memesan segelas susu.


"Saya menghampirinya dan kami berbual panjang tentang hoki dan cerita seram di pub ini," ujarnya.


Olahan: Rozaimi Zubaidi


Sumber: Kapan Lagi