Hollywood
Wajah Capai 94% Kesempurnaan, Bella Hadid Wanita Tercantik Dunia
Menerusi kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi, mendapati supermodel terkenal Bella Hadid memiliki wajah yang mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan.
Disebabkan itu Hadid telah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia kerana dikatakan paling dekat dengan “idea kesempurnaan Greek purba.”
Pakar bedah plastik Dr Julian De Silva, membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.
Dalam kajian beliau, Beyoncé menghuni tempat kedua, diikuti Amber Heard, dan Ariana Grande.
De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.
Dalam paparan seterusnya di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.
Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah, di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka.
Sumber: Astro Awani