Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wajah Disunting Seperti Zombie, Dr Rafidah: “A++ For Efforts, Gigih Betul Anti Vaksin…”

Fiza Kamarudin
08/02/2022 02:40 MYT
Gara-gara lantang berbicara mengenai anti vaksin, Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah menjadi mangsa vandalisme apabila wajahnnya telah disunting individu tidak bertanggungjawab.

Suntingan yang memaparkan wajah Dr. Rafidah seperti ‘zombie’ itu dikongsi sendiri oleh beliau menerusi laman sosial Twitter dan IntaStory di Instagram.

Tidak melenting dengan tindakan tidak beradab tersebut, Dr Rafidah mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyunting fotonya.

“A++ for efforts. Gigih betul antivaksin, terima kasih,” ciapnya di laman sosial Twitter.

Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warga Twitter namun, majoriti mahu Dr Rafidah terus menyebarkan berita positif mengenai kebaikan vaksin Covid-19.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini Dr. Rafidah pernah menerima serangan daripada golongan anti vaksin yang tidak berpuas hati dengan posting dinaikkan beliau di akaun laman sosial.

Bagaimanapun demi tanggungjawab kepada masyarakat, Dr Rafidah tidak pernah berputus asa malah menganggap golongan anti vaksin bersikap melampau dengan menyebarkan dakyah tidak benar sehingga menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap vaksin.
#Zombie #Dr.Rafidah #Diserang Anti Vaksin