Gaya Hidup
"Wajah Muslimah Bercahaya Di Bumi Afrika" - Penampilan Gadis PBB Ini Buat Ramai Warganet Terpesona
Seorang petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelahiran Indonesia yang kini berpangkalan di Bangui, Republik Afrika Tengah (CAR) secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai apabila kecantikannya hangat diperkatakan warganet.
Bukan hanya di Indonesia, gadis bernama Hikma Nursya ini turut menjadi perhatian warganet di Malaysia.
Melihat pada setiap gambar yang dikongsikan Hikma menerusi Instagramnya, gadis ini dilihat tidak lokek dengan senyuman.
Malah, kemahirannya menggunakan senjata api menjadikan gadis ini kegilaan ramai khususnya kaum lelaki.
Oleh itu, tidak hairanlah jumlah pengikut Hikma di Instagram kini telah mencapai sebanyak 67,000 'followers'.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata wargenat memuji kecantikan gadis tersebut.
Ramai yang memuji penampilan Hikma yang sentiasa menutup aurat walaupun ketika menjalankan tugas sebagai anggota PBB.
Anda boleh lihat pelbagai komen serta 'punchline' menarik di bawah.
Must-Watch Video