gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
ERA Lancar Kelas Perpaduan Untuk Rakyat Malaysia
HIBURAN
Aadhira: Siri Drama Pejuang Wanita Mangsa Penderaan
DRAMA
Ramai Masih Geram dengan Tajul! Watch Party ‘Dia Bukan Syurga’ Meriah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

Maliah Surip
Maliah Surip
08/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Salah satu media yang menyiarkan berita tersebut adalah Bangkok Post.
Pada saat media tempatan masih mengikut etika kewartawanan dengan tidak mendedahkan wajah dan identiti kesemua suspek, Bangkok Post melakukan hal sebaliknya.
Media tersebut mendedahkan wajah serta identiti penyanyi wanita bersama lima rakannya selepas mereka menjalani tempoh tahanan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan di sebuah penjara di Narathiwat.
Turut didedahkan adalah usia kesemua yang ditahan padaa hujung minggu lalu.
Menerusi artikel yang diterbitkan pada 4 November 2024, media tersebut menyiarkan berita dengan judul ‘Penyanyi Pop Malaysia Ditahan Miliki Dadah Di Selatan Thailand’.
Artikel tersebut kemudian dipetik menulis dalam bahasa Inggeris ; seorang penyanyi terkenal Malaysia ditahan bersama 6,060 pil kuda di Selatan Thailand, wilayah Narathiwat.
Keenam-enam suspek didapati positif dadah.
Kesemua suspek kini didakwa memiliki dan berniat menjual dadah jenis methamphetamine tersebut yang masuk dalam kategori Type 1 dadah narkotik dan menggunakannya di Thailand.
Laporan sama menulis dua daripada suspek didapati memasuki negara tersebut tanpa dokumen apabila pasport mereka tidak dicop dengan betul oleh pihak imigresen tempatan.
Seramai sekitar 100 ahli keluarga dan peminat berkumpul di luar balai polis Sungai Kolok pada Isnin sebelum penyanyi dan lima rakannya dibawa ke mahkamah Narathiwat.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Dadah
#Thailand
#Kelantan
#Narathiwat
#Pil Kuda
#Bangkok Post
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement