HIBURAN
Wajah Semakin Kurus, Enot Buat Ramai Terkejut – “Hampir Tak Cam Lepas Berubah”
Pelakon dan pelawak, Enot mengejutkan ramai apabila berkongsi foto terbaharu di TikTok yang memaparkan wajahnya yang kelihatan jauh lebih kurus berbanding sebelum ini.
Penampilan terkininya nyata menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji transformasi pelakon filem Cinta Luar Biasa itu.
Lebih mencuri tumpuan, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah turut kongsi beberapa foto sehingga ada pengikut mengakui hampir tidak mengecam wajah pelakon berusia 46 tahun itu.
“Usaha tangga kejayaan! Gara-gara produl ini. Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat, badan semakin ringan, muka semakin kecil semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tampil memberikan reaksi positif serta menyokong perjalanan kesihatan dan gaya hidup baharu yang diamalkan Enot.
“Dah kurus lawa wei.
“Ma sha Allah tabarakAllah.. Sekali dah kurus cantik sangat akak.
“Hampir tak cam muka selepas berubah tu. Lain sangat. Sebelum pun still cantik dan comel,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Enot sebelum ini pernah mendedahkan dia tidak menjalani sebarang pembedahan atau prosedur potong usus seperti yang didakwa segelintir pihak.
Tambahnya lagi, pembedahan potong usus bukanlah satu pilihan kerana dia merupakan bekas pesakit kanser dan perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.