Aktres Hollywood, Drew Barrymore saat ini menginjak usia 45 tahun. Walaupun mengalami perubahan usia dan kelihatan lebih tua, bintang filem 50 First Date ini mengaku menikmati perubahan dan proses penuaannya.
Pemenang Golden Globe ini malah menegaskan dia tidak memerlukan sebarang tindakan atau operasi pembedahan plastik hanya untuk kekal muda dan menolak proses penuaan terhadao dirinya.
"Saya tak pernah melakukan pembedahan plastik pada muka saya. Dan saya tidak berminat untuk mencubanya," kata Barrymore seperti dipetik dari DailyMail.
Dia berkata demikian sewaktu mengacarakan program miliknya, The Drew Barrymore Show, Never Say Never.
Wanita yang memiliki dua anak ini kemudian menjelaskan sebab mengapa dia tidak mahu melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya.
Kata Berrymore, mengenali diri sendiri, dia takut akan ketagih melakukan pembedahan plastik jika sudah mencuba buat kali pertama.
"Saya kenal diri sendiri. Saya mudah ketagih. Saya yakin misalnya melakukan satu pembedahan hari ini, menjelang Jumaat saya sudah kelihatan seperti Jocelyn Wildenstein (sosialit yang terkenal dengan ketagihan pembedahan plastik)," akuinya.
Berrymore juga mengatakan dia tidak gemar melihat tekanan yang dialami oleh banyak wanita sehingga perlu melakukan pembedahan plastik hanya untuk kelihatan lebih muda atau cantik.
"Pada akhirnya, banyak yang kelihatan sangat tidak terurus. Saya tidak mahu itu terjadi di kehidupan saya.
"Saya mungkin telah banyak melakukan hal yang gila sebelum ini, tapi sekarang kehidupan saya lebih selamat, membosankan dan menyihatkan," kata bintang yang juga merupakan seorang penerbit ini.
Malah dia juga berharap agar masyarakat menerima proses penuaan sebagai sebuah kejadian semula jadi dan menikmatinya.
"Saya suka untuk lihat masyarakat menerima kita semua akan tua dan itu adalah sebahagian daripada kehidupan.
"Saya berasa lebih manusiawi setiap hari dan menghargai kehidupan apabila usia semakin bertambah," katanya lagi.
Terdahulu, dalam satu temubual yang diadakan pada tahun 2010 bersama Elle, Berrymore telah menyatakan dia tidak akan melakukan pembedahan plastik dan pendiriannya tidak berubah selepas 11 tahun.
Kredit Foto: Bdnews24.com
Maliah Surip
Fri Feb 19 2021
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.