Wajah Terpampang Di IG Dolce & Gabbana, Hael Husaini Kongsi Pengalaman Kerja Dengan Team Kreatif Antarabangsa! - "Mereka Layan Saya Dengan Baik"
Izwan Isa
01/02/2024 02:55 MYT
01/02/2024 02:55 MYT
Kerjaya muzik Hael Husaini memang sudah lama meroket tinggi. Lihat sahaja puluhan pencapaian yang diraih sejak tuah lagu Jampi kian menebalkan repertoire miliknya dalam bidang seni - jangkauan pengaruhnya sebagai penghibur ternyata sudah berada di tingkat tertinggi.
Namun, ada satu hal lain tentang lelaki berusia 36 tahun ini yang turut sama berjalan seiring dengan evolusi melodi garapannya, iaitu fesyen.
Secara estetika, Hael boleh dikatakan ‘timbul’ dan ‘mekar’ berbanding individu lain, sementelah wajahnya juga acapkali dipilih untuk menjadi pelengkap kepada kempen koleksi-koleksi baharu jenama-jenama adibusana antarabangsa.
Terkini, satu lagi kejayaan berjaya diraih oleh Hael selepas wajahnya terpampang di laman web serta platform media sosial jenama fesyen terkemuka Dolce & Gabbana.
Ketika dihubungi Gempak, Hael bercerita mengenai pengalamannya ketika menerima jemputan daripada jenama tersebut, selain berkongsi tentang proses sesi penggambaran untuk mendapatkan syot yang kini menjadi tatapan jutaan pencinta fesyen dunia.
Gempak: Hael selalu dijemput untuk menghadiri minggu fesyen jenama-jenama terkemuka antarabangsa. Tapi kali berbeza, sepertinya ada sesi fotografi untuk kandungan digital Dolce & Gabbana. Boleh kongsi sedikit pengalaman ketika berada di sana?
Hael Husaini: Sebaik sahaja menerima jemputan daripada jenama Dolce & Gabbana untuk ke acara mereka, saya terus mengesahkan kehadiran kerana ini jemputan pertama daripada mereka untuk Milan Fashion Week buat saya. Selepas itu, pihak pengurusan saya dihuhungi wakil jurufoto terkemuka dunia fesyen iaitu Luigi Murenu dan Iango Henzi untuk mengaturkan satu sesi khas fotografi untuk Dolce & Gabbana ketika di Milan.
Gempak: Bagaimana sesi fotografi dengan Dolce & Gabbana? Boleh kongsi bagaimana cara kerja mereka?
Hael Husaini: Pengalaman menjalani sesi penggambaran bersama team Dolce & Gabbana sememangnya sangat mengujakan. Mereka melayan saya dengan baik dan sangat profesional. Cara komunikasi dan aturcara sepanjang berada di sana juga sangat lancar. Saya tidak berhadapan dengan sebarang insiden yang tidak menyenangkan.
Gempak: Hael memilih untuk pakai persalinan tersebut atau ia ditentukan oleh pihak Dolce & Gabbana? Dan persalinan itu dari koleksi yang mana?
Hael Husaini: Dari segi pemakaian dan persiapan, segalanya ditentukan oleh pihak Dolce & Gabbana dan ia merupakan koleksi Fall/Winter 2024. Bagaimanapun mereka tetap meminta pendapat saya sebelum membuat sebarang keputusan dari segi gaya dan sebagainya.
Gempak: Ada persalinan lain yang jadi menjadi your favourite dalam koleksi ini?
Hael Husaini: Semestinya ada beberapa yang menarik perhatian saya. Antaranya seperti gambar-gambar yang saya sertakan. Kalian semua boleh melihat semua koleksi ini di laman web rasmi Dolce & Gabbana iaitu world.dolcegabbana.com.
Gempak: Hael selalu dilihat menyarungkan busana rekaan perekai antarabangsa, adakah Hael akan terus selesa dengan jenama sedemikian atau masih akan menggunakan khidmat pereka tempatan?
Hael Husaini: Saya akan terus bersama jenama-jenama ini selagi mana mereka masih inginkan kerjasama bersama saya. Ia penting juga untuk karier dan nama saya sebagai seorang selebriti. Namun, saya masih menjaga hubungan baik dengan jenama tempatan yang tidak asing dengan saya seperti Rizman Ruzaini, Kitwoo dan beberapa lagi. Saya mengharapkan lebih banyak kerjasama bersama jenama tempatan kelak.
Gempak: Bila gambar dimuat naik oleh jenama popular sebaris dengan artis antarabangsa, adakah Hael melihat diri Hael sekarang berada di level yang lebih tinggi di dunia fesyen?
Hael Husaini: Sebenarnya tiada istilah ‘level’ saya lebih tinggi atau sebaliknya. Saya bersyukur kerana jenama-jenama antarabangsa sudah mula memandang dan menyedari kewujudan selebriti-selebriti dari Malaysia untuk mewakili jenama mereka. Suka untuk saya ingatkan, perjalanan saya untuk diterima dan mendapat peluang sebegini bukan mudah. Melalui acara fesyen di luar negara juga, selain dapat mewakili Malaysia saya akan sentiasa bercerita tentang keistimewaan negara kita kepada mereka.
Gempak: Bagaimana dengan sense of fashion Hael sekarang? Lebih ke arah comfy atau glam?
Hael Husaini: Saya boleh dikatakan fleksibel apabila berfesyen. Jika saya hadkan gaya tertentu sahaja, ia akan menyekat fungsi fesyen untuk sesetengah baju. Kadang-kadang baju yang tidak selesa itu akan kelihatan gah begitu juga sebaliknya. Janji apabila konteksnya masih fesyen saya akan bersikap lebih terbuka. Namun, jika di luar waktu bekerja saya hanya akan mengenakan t-shirt dan seluar jeans longgar sahaja.