Wajah Terpampang Di Times Square, New York, Raisa: "Jangan Lupa Ucap Hai Kepada Saya"
Faizal Saharuni
28/07/2021 13:20 MYT
28/07/2021 13:20 MYT
Berdepan realiti wajahnya menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu, penyanyi popular Indonesia, Raisa, 31, mengaku tidak pernah terbayang situasi dirinya meraih apresiasi sehebat ini.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini, isteri kepada Hamish Daud itu memuat naik beberapa foto memperlihatkan mukanya jelas terpampang disaksikan dunia di layar gergasi ikonik itu.
Potret Raisa dipaparkan sebagai wakil artis wanita Indonesia untuk promosi kempen EQUAL kendalian platform muzik digital, Spotify bersama penyanyi dari Kanada, Lido Pimienta dan Jace Chan (Hong Kong).
EQUAL mengangkat objektif tersendiri dalam memupuk ekuiti dan mengetengahkan bakat artis wanita dari seluruh dunia.
“Times Square, sayang! Di tengah banyak cabaran, tahun ini penuh dengan kejutan. Merakam dan melancarkan, It’s Personal(perkenalan dari album saya akan datang) pada Jun lalu, dan sekarang wajah saya di Times Square.
“Tuhan tidak pernah gagal untuk mengingatkan betapa saya diberkati melalui jalan-Nya. Alhamdulillah," tulis Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana itu pantas memanjatkan kesyukuran.
Dan tentunya, Raisa yang juga seorang komposer berterima kasih kepada Spotify Asia di atas penghargaan terhadap karya seninya sekali gus bergelar jurucakap kaum wanita di negaranya.
“Ini untuk sesama kita. Jangan menyerah untuk menjadi diri anda yang sekarang. Sudah tiba masanya wanita ambil alih peranan!” tulis pelantun lagu hit, Mantan Terindah itu penuh semangat.
Hantaran itu dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut Raisa termasuk rakan artis seperti Melly Goeslaw, Afgan, Rachel Vennya, Krisdayanti, Armand Maulana dan Chicco Jerikho.
“Ada sesiapa tinggal di New York? Jangan lupa ucap hai kepada saya,” canda ibu kepada seorang cahaya mata, Zalina Raine Wyllie, 2, itu menutup entri.
Instagram: @raisa6690