Advertorial

Wajib Asingkan Sisa Pepejal Isi Rumah Mulai 1 September 2015

gempak
Ahmad Shah
11/01/2016
16:00 MYT
Sponsor Banner
Wajib Asingkan Sisa Pepejal Isi Rumah Mulai 1 September 2015
Untuk mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula dan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 September 2015.
Pengasingan tersebut juga dilakukan untuk mengurangkan perbelanjaan wang negara untuk melupuskan sisa pepejal.
Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di tujuh negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.
Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa.
Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal atau kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.
Sistem kutipan 2 + 1 telah bermula 1 September tahun lalu di mana kutipan bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu.
Turuti tiga langkah mudah untuk mengasingkan sisa pepejal di rumah iaitu, asingkan mengikut jenis yang telah ditetapkan, simpan sementara dalam bekas yang sesuai dan letakkan di tepi tong pada hari kutipan.
Sisa baki mestilah dibungkus dengan rapi ke dalam plastik atau bekas yang sesuai dan dimasukkan ke dalam tong seperti sisa dapur, sisa makanan, bahan-bahan kotor, lampin pakai buang. Kutipan dilakukan dua kali seminggu.
Sisa kitar semula (kertas, plastik dan lain-lain) pula perlu diasingkan dan dibungkus rapi ke dalam plastik atau bekas yang sesuai serta diletakkan di tepi tong pada hari kutipan.
Sisa pukal dan sisa kebun atau laman hendaklah diletakkan dengan dengan kemas di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan.
Untuk maklumat lanjut hubungi Talian Indahkan Malaysia di 1 800 88 7472 atau layari www.kpkt.gov.my/separationatsource
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live