Wajib Balik Kampung Beraya, Rossa: “Ibu Bapa Semakin Berusia, Kita Harus Hargai Masa”
Maliah Surip
22/04/2023 07:42 MYT
22/04/2023 07:42 MYT
Menjalani rutin kerja yang sibuk dan dipuja sebagai penghibur tidak pernah membuat penyanyi tersohor Indonesia, Rossa melupakan asal usul dan keluarganya.
Apa lagi untuk tidak pulang menyambut Lebaran. Kata Rossa, sesibuk mana pun dirinya memenuhi undangan nyanyian, beliau tidak akan mengambil tawaran kerja pada Aidilfitri pertama, sementelah usia kedua ibu bapanya juga sudah semakin menua.
“Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya saya menyambut Lebaran di kampung halaman di Sumedang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara.
“Biasanya sambutan Lebaran kami sederhana saja, berkumpul, menziarah kubur dan menikmati hidangan tradisional.
“Tapi untuk saya yang jarang pulang kerana hambatan pekerjaan, buat masa sekarang saya akan pastikan akan selalu menziarah ibu dan bapa di kampung.
“Saya mahu menghabiskan masa dan sangat menghargai setiap momen bersama ibu dan bapa saya yang sudah semakin berusia.
“Masa tidak boleh dihentikan dan tidak boleh berpatah balik, jadi saya tidak mahu sampai menyesal. Saya mahu kerap bersama ibu dan bapa,” kata Rossa sewaktu ditemui media Malaysia sempena pelancaran single berjudul Khanti, baru-baru ini.
Rossa juga memaklumkan, seperti kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan juga berhari raya di kampungnya di Sumedang.
Kata penyanyi tersebut, sejak dulu Rizky belum pernah berhari raya dengan bekas suaminya, pemain drum kumpulan Padi, Yoyo.
“Memang belum pernah Rizky berhari raya di kampung Yoyo. Biasanya dia dengan saya. Tapi tahun ini mungkin Rizky akan ikut Yoyo berhari raya di kampungnya di Surabaya pada raya ketiga,” jelas Rossa.