,
Laman Utama

Wajib Bayar Zakat Kalau Keluarkan KSWP RM10,000 Untuk Tujuan Suka-Suka

Fiza Kamarudin
19/03/2022
01:16 MYT
Individu yang membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan untuk tujuan suka-suka, wajib membuat bayaran zakat.
Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran zakat yang perlu dibuat adalah sebanyak 2.5 peratus.
Ahmad Husni berkata, pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.
“Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,” katanya kepada Berita AlHijrah.
Sementara itu beliau menjelaskan pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas keperluan sumber pendapatan yang mendesak.
“Jika pengeluaran dibuat oleh individu terbabit melibatkan pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan seumpamanya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat,” katanya.
Ujar beliau, antara syarat pengecualian ialah, individu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan, golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera, serta pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahak seperti perubatan, pendidikan, dan seumpamanya.
Sumber: AlHijrah Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bekas Pekerja Syarikat Pengacara Terkenal Buat Pendedahan, Minta Netizen Viralkan Isu Ini - “Yang Melihat Video Ini, Bantulah Kami”

gempak
12/11/2024
16:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram pada Selasa, Meyraa menyatakan sudah lama dia menahan sabar apabila bercakap mengenai isu gaji dan tidak faham apabila pengacara tersebut boleh menangguhkan gaji pekerjanya.
Berita

GISBH Tidak Pernah Bayar Zakat - LZS

gempak
28/09/2024
09:55 MYT
Perkara itu disahkan oleh Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun yang memaklumkan, tiada rekod pembayaran zakat diterima daripada GISBH termasuk 20 anak syarikat di bawahnya.
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Gaya Hidup

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

gempak
13/05/2024
11:55 MYT
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Terkini

Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP

gempak
28/04/2024
11:55 MYT
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Unitar