“Wajib Dimandikan, Dikafankan Dengan…”- Yatt Hamzah Kongsi Cara Pengurusan Janin Yang Gugur
Syafiqah Jalal
20/09/2020 03:57 MYT
20/09/2020 03:57 MYT
Selepas mengalami keguguran baru-baru ini, pelakon Yatt Hamzah berkongsi mengenai cara pengurusan janin yang gugur.
Menurut Yatt, pengurusan janin berbeza-beza mengikut bentuk dan sifat janin tersebut.
“Pertama sekali, namakan dengan nama lelaki atau nama unisex.
“Kemudian pengurusan janin yang gugur berbeza-beza mengikut sifat berikut:

“Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya, seperti keluar suaranya, menangis, dan kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa. Wajib dimandikan, dikafankan dengan 3 helai pakaian, disolatkan dan dikebumikan.
“Jika janin yang gugur itu bergerak-gerak atau menggigil, serta menunjukkan tanda hidup, tetapi tak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan. Justeru, janin itu apabila mati maka ia dimandikan, disolat dan dikebumikan dengan berhati-hati.
“Jika janin yang gugur itu tidak zahir padanya tanda-tanda hayat, samada tak cukup 4 bulan dan tidak zahir padanya rupa bentuk insan, atau cukup 4 bulan dan zahir padanya rupa bentuk insan tetapi tidak bergerak dan tidak mengeluarkan suara, maka tidak boleh disolatkan. Tetapi wajib dimandikan, dikafankan dan dikebumikan,” jelasnya.

Yatt berkongsi informasi tersebut ke akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, informasi itu diambil dari laman web Pejabat Mufti Wilayah.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui ia merupakan pengisian yang berguna terutama buat pasangan suami isteri.
Yatt mengalami keguguran anak kelimanya yang berusia 2 bulan dalam kandungan pada 15 September lalu.
Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.
Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.