Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Wajib Jumpa Jebat Setiap Hari, Kalau Tak ..." - Sharnaaz Ahmad

Zulaikha Yusof
30/01/2020 09:37 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad akan memastikan dia berjumpa dengan anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad setiap hari.

Jelas Sharnaaz, jika tidak dapat berjumpa dengan Jebat perasaannya akan terganggu.

"Sebelum saya pergi kerja atau ketika saya ada masa waktu petang ke, saya akan pergi jumpanya.

"Wajib jumpa Jebat setiap hari. Selalunya dalam sejam lebih dan kadang-kadang dua jam.

"Kalau tak buat dalam satu hari tu perasaan saya akan terganggu. Jebat adalah semangat saya," katanya kepada Gempak.

Sharnaaz ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Jalan Ampang.

Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu lagi, Sharnaaz mendedahkan Jebat mempunyai penyakit Obsessive Kompulsif (OCD) sama seperti isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

"Bila dia semakin membesar, saya boleh nampak kalau dia mahukan sesuatu itu dia akan minta. Bagi seorang ayah kelakuan itu ‘sweet’ dan comel.

"Sebab ada sesetengah budak yang kalau dia nak kan benda tu, dia akan terus ambil.

"Tapi Jebat dia pergi dekat dengan benda tu, dia tunjuk. Tapi kalau dia tak dapat benda tu, dia macam marah.

"Selain itu yang saya perasan Jebat ni OCD macam Nabila," katanya lagi.



Pada 6 November 2019, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik.

Menerusi proses terbabit, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Pihak Sharnaaz melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Nabila memilih bapa tirinya menjadi hakam.

Namun begitu, keputusan laporan hakam yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi gagal menemui kesepakatan untuk mencapai persetujuan.

Mengikut Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, sekiranya kedua-dua hakam tidak bersepakat, maka hakam tersebut digugurkan oleh mahkamah.

Hakim juga telah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.
#Sharnaaz Ahmad #Jebat Jayden Ahmad
;