Sejak beberapa hari lalu pengguna platform media sosial Indonesia baik di Tik Tok atau Instagram juga Facebook sedang hangat membicarakan kisah viral seorang isteri yang diseret kereta oleh suaminya selepas 'tertangkap' bersama perempuan simpanannya.

Perseteruan itu menjadi viral selepas ada individu merakamkan aksi tersebut dan menyebarkan potongan videonya di media sosial.

Dalam video yang terjadi pada waktu malam itu, dapat dilihat seorang wanita memakai baju putih cuba menahan sebuah kereta yang sedang bergerak. Kereta itu dipercayai dipandu suami wanita tersebut, yang membawa perempuan lain iaitu kekasihnya.

Malangnya, si suami tidak berhenti, malah mengheret isterinya yang bergayut pada wiper kereta sebelum dibantu oleh orang ramai.

Setelah kejadian tersebut viral, terbongkarlah bahawa lelaki yang ditangkap berselingkuh itu bukan sembarangan orang.

Lelaki dengan nama James Arthur Kojongian adalah seorang Wakil Rakyat Sulawesi Utara. Isterinya, Michaela Paruntu pula merupakan seorang doktor.

Kekasih sang suami pula dikenali sebagai Angela yang baru berusia 19 tahun.

Hal itu semua dibongkar oleh netizen, yang kemudian menyamakan kejadian tersebut sebagai the real The World of The Married, sebuah drama Korea yang cukup popular pada tahun lalu. Namun mereka menyebutkan ini adalah versi Indonesia yang sebenar.

Si isteri yang seorang doktor pun disamakan dengan Ji Sun Woo yang memegang watak doktor yang dicurangi suaminya dengan perempuan lain.



"Di drama Korea, The World of The Married juga isteri sahnya doktot, cantik, berwibawa dan di versi Indonesia juga situasinya sama," tulis seorang pengguna TikTok..

"The World of The Married versi Indonesia, sedang tayang di Manado," tambah netizen lainnya seperti dipetik dari Detik.com.

Sementara itu, sejak video tersebut viral, jawatan James sebagai wakil rakyat telah dilucutkan serta merta. Dia kemudian meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat tetapi isteri yang telah dicuranginya.

Namun permohonan maaf James sehingga kini dibalas dengan kecaman oleh netizen yang geram melihat tindakannya sanggup melanggar dan mengheret ibu kepada anak anaknya demi menyelamatkan diri bersama kekasih yang masih muda.

Kredit Foto: Tribunnews.com, pantau.com