Pasukan Caklempong Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur atau Caklempong ASiS akan mewakili Malaysia di The 5th International Hong Kong Music Festival pada Ogos ini.

Pasukan tersebut akan menyertai kategori World Ensemble di festival music tersebut.

Ketika dihubungi Gempak, Guru Penasihat Kelab Caklempong ASiS, Siti Soraya Ramli berkata, ini merupakan kali pertama pasukan mereka bertanding di peringkat antarabangsa.

"Kami sedang membuat persiapan untuk membuat persembahan di Hong Kong, ada beberapa keperluan yang kami harus siapkan.

"Kami berasa sangat teruja, sebenarnya kami telah lama bercita-cita mahu ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2017 lagi.

"Sekarang, kami telah memenangi pelbagai anugerah, jadi apabila kami berpeluang untuk ke Hong Kong ini, kami akan usaha sedaya upaya agar dapat mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Dalam pada itu, Asyraf menambah, dia dan pasukannya berasa amat terkejut apabila selebriti popular, Neelofa turut berkongsi berita itu di akaun Twitter miliknya.

"Ketika Neelofa 'tweet' perkara itu, kami sedang menjalani latihan, tiba-tiba kami nampak Neelofa berkongsi berita mengenai pasukan kami. Rasa sangat terkejut dan gembira!
"Namun, kami tidak pasti bantuan bagaimana yang mahu diberikan Neelofa memandangkan kami belum mendapat kenyataan rasmi dari pihaknya," tambahnya.

Dalam Tweet terbabit usahawan terkenal itu berhasrat untuk memberikan bantuan kepada pasukan caklempong itu dan urusan selanjutnya akan diaturkan oleh pengurusannya.

Khabar gembira itu turut berada dalam senarai 'likes' akaun Twitter rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.