Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Waktu Ini Saya Rasa Nak Rebah, Rasa Nak Tercabut Nyawa" - Oh Ini Rupanya Jadi Ketika Mawi Menang AF3

Amri Hassan
12/09/2018 08:06 MYT
Juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani berkongsi semula detik kemenangannya ketika menjuarai rancangan realiti itu sekitar tahun 2005.

Cerita Mawi, ketika diumumkan sebagai juara, dia hampir rebah hingga tidak mampu untuk mengangkat tangan sekali pun.

"Waktu ini saya rasa nak rebah sebenarnya. Nak angkat tangan tu pun tak bermaya.

"Sejujurnya nak angkat tangan macam tu pun saya malu sebenarnya.

"Pak Nil yang tolong angkat tangan saya.

"Bulu roma satu badan berdiri tegak. Peh! Macam nak tercabut nyawa masa ni," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Penyampai radio Zayan itu pernah mencipta fenomena Tsumawi suatu ketika dahulu menerusi penyertaannya dalam AF3.

Malah, masih ada peminat setianya yang mengingati setiap momen bersejarah dalam rancangan itu.

"Satu-satunya peserta AF dari semua AF yang pernah saya undi. Pertama dan terakhir. Tsumawi takkan berulang lagi," tulis @ida_joe77.

"Kami sefamily vote for you. Masing-masing pegang telefon brader hahaha.. jowo at his best," tambah @helmybarkawi.

"Saya... bukan setakat undi ,adik saya lahir waktu tu saya terus letak nama Puteri Asmawina Saliha," tulis @arinaaris307.
#Viral #Akademi Fantasia #Mawi #Viral
;