Berita
“Waktu Menunggu Di Klinik Kerajaan Kini 30 Minit” - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Waktu menunggu 30 minit
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pencapaian itu dilakar menerusi tekad pelaksanaan agenda transformasi digital kesihatan.
Malah menurutnya, tahun ini menjadi merupakan tahun untuk bekerja dengan melaksanakan segala perancangan bagi merealisasikan agenda berkenaan.
"Kita sudah mendigitalisasikan perkhidmatan utama, mengurangkan waktu menunggu di klinik penjagaan primer utama dari tiga jam kepada hanya 30 min.
"Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024.
"Awal tahun ini sahaja, ia (jumlah klinik) meningkat sebanyak 48.6 peratus dan 2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk tunaikan apa yang dijanjikan," katanya menerusi hantaran di platform X pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN:Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan
ARTIKEL BERKAITAN:Hargai Buku Pink Demi Nyawa Ibu & Anak! - "Tak Kisah Benci Macam Mana Pun Pada Klinik Kesihatan ..."
Sebelum ini Dr Dzulkefly ketika sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu memaklumkan, KKM menyasar untuk melaksanakan transformasi digital di setiap fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
Ia termasuk melihat kembali semua sistem digital di KKM selain menetapkan strategi pendigitalan baharu mengikut arus teknologi terkini serta melaksana dan memantau pelaksanaan yang sudah pun dirancang.
Sumber: SINAR HARIAN