GAYA HIDUP

Waktu Subuh Dia Muncul, Rupanya Wujud ‘Kereta Api Hantu’ Di Malaysia!

Azwa Rahman 07/06/2019 | 02:00 MYT
Dalam kegelapan subuh, sebuah ‘kereta api hantu’ tiba-tiba muncul membelah pagi yang tebal.

Menerusi satu tweet dari @pendidikmajalah, kereta api Kelantan Shuttle atau dikenali sebagai ‘ghost train’ ini tular di media sosial.

Terletak di daerah Kuala Krai, ‘kereta api hantu’ yang ini menjadi pengangkutan utama bagi anak-anak penduduk tempatan untuk ke sekolah.



Ketika keadaan masih gelap dan sunyi, muncul kelibat seorang demi seorang pelajar sekolah tiba yang mana boleh dikatakan rata-rata dari mereka menggunakan pengangkutan ini ke sekolah.

Kesemua pelajar yang menaiki kereta api ini adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan pelajar-pelajar dari Stesen Ulu Temiang, Slow Pak Long dan juga Bukit Abu.

Pelajar-pelajar ini lebih mudah menaiki kereta api ini untuk ke sekolah berbanding perjalanan berulang-alik dari Kuala Gris ke Dabong sejauh lebih 15KM.



Sebelah petangnya pula, kereta api shuttle akan menanti sekitar jam 2:30 petang untuk membawa mereka pulang.

Tweet yang mendapat hampir 9,000 perkongsian ini turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

“Foto yang sangat menarik dan cerita yang sangat unik lagi menginspirasikan. Terima kasih Majalah Pendidik!”, ujar beliau.


Sumber foto: Twitter @pendidikmajalah
#sekolah #Kelantan #Kenderaan