“Waktu Terbaik Adalah Selepas Makan” - Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Guna Flashcards

Mya Amri
Februari 4, 2021 03:50 MYT
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendedahkan waktu terbaik untuk memperkenalkan penggunaan kad imbasan atau pun flashcards kepada bayi.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Dr. Muszaphar berkongsi beberapa tips terbaik buat ibu bapa yang ingin mencuba.
Posting itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan beliau sedang menunjukkan cara menggunakan flashcards kepada pasangan bayi kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
Berikut merupakan tips yang dikongsi Dr. Muszphar:
1.Masa terbaik untuk melakukan Flashcards adalah selepas memberi makan - ketika bayi merasa selesa.
2.Anda dapat melihat di mata mereka - fokus sepenuhnya dan rasa ingin tahu.
3.Jarak terbaik adalah sekitar 18 inci.
4.Gunakan Flashcards bersaiz 12 "x12" yang besar
5.Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju
6.Hanya bertahan selama 1-2 minit, 3 kali sehari
7.Lakukan untuk setiap kategori selama 5 hari.
8.Baca dengan kuat dan jelas
9.Jangan uji Anak anda – idea penggunaan ini adalah untuk memberikan daya ingatan kepada mereka
Dr. Muszaphar dan Dr. Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Sophea Isabella, Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017.
Rezeki buat Dr. Muszaphar dan Dr. Halina apabila pasangan ini sekali lagi dikurniakan pasangan kembar yang dinamakan Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia pada 20 November 2020.
Sekadar info: Flashcards atau kad imbasan merupakan salah satu teknik pembelajaran memaparkan gambar objek, huruf atau nombor yang selalu digunakan kepada bayi.
#Gaya Hidup #Angkasawan Negara #Dr. Sheikh Muszaphar #Dr. Halina #Flashcards