Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Walau Akak Buang Mama Sekalipun..Mama Takkan Pernah Benci" - Coretan Liana Rosli Untuk Anak Sulung Buat Netizen Sebak

ZULHILMI JALIL 19/12/2020 | 08:55 MYT
Usahawan kosmetik sensasi, Liana Rosli mendedikasikan satu ucapan khas buat anak sulungnya, Nabila yang kini sudah menginjak usia 17 tahun hari ini.
Dalam hantaran tersebut, Liana yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu mengakui dia cukup bangga dengan anak perempuannya itu.
"19 Disember, lahirlah anak sulung mama @nabilamalu. Sejak akak (panggilan anak) lahir, akak tidur atas dada mama. Dari kecil akak anak yang bijak pandai.
"Mama bangga dengan akak sebab akak anak yang baik, yang boleh harap jaga adik-adik. Akak anak yang dengar kata. Mama sayang akak sangat.
"Selalu mama fikir 'kalau la aku tak ada, Bella mesti boleh jaga adik-adik dia'," coretnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Bahkan, kata Liana lagi, dia sentiasa mendoakan agar anak perempuannya itu dilindungi Allah dan mengecap kebahagiaan.
"Mama nak akak gembira sebab dari kecil, akak anak yang selalu gelak. akak anak manja.
"Jaga diri ya anak...mama nak akak tahu, sampai bila-bila pun akak boleh minta mama apa sahaja," katanya.
Hantaran tersebut turut mendapat respons anaknya yang terharu dengan apa yang dilakukan Liana sebagai seorang ibu selama ini.
"Mama..saya menangis. Selepas segala kesalahan yang saya lakukan, mama masih tetap bangga saya sebagai anak. Terima kasih mama sebab sentiasa ada dengan akak walau dalam apa keadaan sekali pun," katanya di ruangan komen.
Pada masa sama, Liana kemudian memberitahu bahawa rasa sayangnya kepada anak sulungnya itu tidak akan pernah pudar.
"Walau akak buang mama sekalipun, mama takkan pernah benci akak," balasnya.
Apa yang pasti, kata-kata Liana itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata terharu dengan rasa kasih dan sayang yang ditunjukkan Liana sebagai seorang ibu.
"Alah alah..kenapa ucapan Kak KM ni buat kita nak nangis.
"Sedihlah kapsyen kak sayang. Awak seorang ibu yang baik juga Liana. Semoga Allah rahmati awak dan keluarga.
"Akak buat saya mengalir air mata pagi-pagi ini. Happy birthday Nabila. Jaga mama awak baik-baik," komen sebahagian pengikutnya.
Sebagai info, Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM dikenali dengan perkongsian video dan gambar 'mengundang' di media sosialnya dalam mempromosikan produk.
Bahkan, Liana sering juga menerima kecaman kerana penampilan imej seksinya.
#Netizen #Birthday #Anak Sulung #Liana Rosli #Mama
;