Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Walau Berhadapan Masalah, Kerja Tetap Kerja - Fara Fauzana

Ahmad Shah 09/09/2016 | 06:50 MYT

Pengacara dan bekas penyampai radio, Fara Fauzana tetap meneruskan tugasnya sebagai seorang anak seni walaupun berhadapan dengan masalah.

“Walau apa pun masalah dan cabaran hidup, kerja tetap diteruskan. Saya tetap berada di sini,” jawab Fara kepada salah satu soalan yang diajukan kepadanya ketika menghadiri acara Sekolah Radio anjuran IM4U FM.

“Sebagai seorang personaliti radio, jika kita tidak sihat, ada masalah di luar tempat kerja atau apa-apa masalah sekali pun, kerja tetap kerja.

BACA: Ini Semua Ketentuan Allah - Fara Fauzana

“Semua harus berjalan seperti biasa dan orang luar harus mengetahui yang semuanya baik-baik sahaja. Kita kena chill dan move on. Bagi saya, jika kita gembirakan orang lain, ramai lagi yang akan menggembirakan kita semula,” katanya lagi.

Menerusi acara yang diadakan bersempena ulang tahun kedua IM4U FM, Fara muncul bersama Faizal Ismail, Ann Osman, Altimet dan Natalie K berkongsi mengenai bidang penyiaran radio.

Terdahulu, pada awal Ogos, Fara membuat pengumuman bakal menamatkan zaman solo dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, di sebuah sidang media khas tanpa mendedahkan butiran terperinci mengenai bakal suaminya.

Ahad lalu, Fara membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinannya. Dalam sebuah kenyataan media yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp, Fara hanya menyatakan yang dia tidak jadi berkahwin tanpa memberitahu sebab terperinci.

Selepas itu, timbul pelbagai andaian termasuk status bakal suami Fara yang didakwa sebagai suami orang. Namun begitu, perkara itu dinafikan Mohamed Hafiz.

BACA: Saya Tak Pernah Berkahwin - Hafiz

Kredit foto: Malaysian Gazzete

#Fara Fauzana
;