Walau Jam Hampir 1 Pagi, Almy Nadia Tunaikan Hajat Anak Nak Tengok KLCC, Siap Pakai Baju Raya!

ZULHILMI JALIL
Jun 11, 2020 06:43 MYT
Selepas berbulan duduk di dalam rumah, pelakon Datin Almy Nadia akhirnya menunaikan hasrat anak-anaknya yang mahu keluar seketika untuk melihat bangunan ikonik, menara berkembar KLCC.
Menurut Almy, permintaan anaknya itu hanya diturutkan lewat malam tadi apabila suaminya, Fizz Fairuz membawa mereka walaupun jam sudah menunjukkan hampir 1 pagi.
"Ni kejadian tengah malam tadi pukul 12.45 tengah malam, dia nak sangat-sangat tengok KLCC hampa tau..Pak dia pun bawa lalu depan KLCC. Adoi... punyalah seronok tak terhingga dok nampak KLCC tu.
"Muka gembiralah apa lagi..si Ayra lena.. sampai je rumah, si Aurora cakap 'adik tadi kakak tengok KLCC..kesian adik tak tengok KLCC'.
"Dari sehari ke sehari nak pergi tengok, dah tak boleh keluar nak pergi tengok macam mana, akhirnya malam tadi tercapai nak tengok KLCC," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Almy turut berkongsi video gelagat anak-anaknya yang mengenakan persalinan baju raya hanya untuk melihat KLCC dari dalam kereta.
"Inilah ragam anak-anak masa kecil. Siap pakej tengah malam pakai baju raya lagi hampa tau, jadikan kenangan untuk mereka masa besar nanti," ceritanya.
Sebelum ini, Almy pernah mengakui tidak mahu mengambil risiko untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah untuk bersiar-siar kerana bimbang dengan jangkitan Covid-19.
Justeru, kata Almy dia hanya membenarkan anak-anaknya meraikan lebaran dengan sering menggayakan persalinan baju raya biarpun hanya terpaksa duduk di dalam rumah ketika sambutan Aidilfitri.
BACA: "Ada 30 Pasang Kah?" - Netizen Hairan Anak Asyik Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia...
Semalam merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam tempoh itu, banyak kelonggaran diberikan kerajaan termasuklah pergerakan merentas negeri.
Saksikan drama lakonan Almy Nadia di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia #KLCC