“Walau Kita Keji, Banyak Dosa Tapi Bila Dah Mula Solat…” Rita Rudaini Beri Galakan, Jangan Malu Baca Al-Quran

Mya Amri
September 11, 2020 06:08 MYT
Pelakon Rita Rudaini memberi galakan kepada mereka yang mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan supaya tidak malu untuk membaca Al-Quran walaupun mempunyai kekurangan.
Rita menerusi akaun Instagramnya berpendapat, rasa malu itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama.
“Tak apa, belum cukup baik, belum cukup alim, belum cukup mulia, belum cukup itu ini kerana itu manusia yang nilai
“Yang adil nilai kita adalah DIA... Nak berubah, nak baca Quran malu takut kena perleceh dengan kawan-kawan?
“Tak apa… Bukan depa yang tolong kita dekat sana nanti. Biaq lah kita macam mana keji, jahat, banyak dosa ka yang penting bila kita dah mula solat, dah mula pegang dan baca Quran bermakna DIA sedang tarik tangan kita ke arah DIA.
“Tak rasa terharu ka? Tak rasa bangga ka DIA masih sayang dekat kita walaupun kita ni sekeji-keji sehina-hina makhluk yang banyak dosa dengan DIA?” coretnya.
Selain itu, Rita juga memberi galakan supaya mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat selepas solat fardhu.
“Al -Kahfi surah ni ada 110 ayat...Ya panjang... Bila ada masa lebih bacalah satu surah. Tapi Allah memang bagi kita mudah.
“DIA cakap baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pun DIA dah bagi hadiah, itu pun kita kata tak boleh buat ke? Tak sampai 5 minit kan.
“Kalau DIA bagi masa kat kita untuk hidup, tak akan kita tak boleh luangkan masa 5 minit baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al-Kahfi?
“Punya DIA sayang kat kita, DIA permudahkan lagi itu pun kita liat nak baca apatah lagi nak buka AL-QURAN...
“Amalkan setiap Jumaat dan lepas solat fardhu sebelum kita bangun jalankan tugas kita dekat dunia.
“Syukur di beri peluang untuk berubah. Syukur ditegur cara lembut oleh DIA… Buatlah walaupun kadang-kadang tak cukup lama-lama akan lengkap.
“InsyaAllah ‘itulah’ yang merawat hati kita yang rosak untuk perlahan-lahan berjalan ke arah DIA,” kongsinya.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan namun bercerai pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
#Rita Rudaini