Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Walau Kita Keji, Banyak Dosa Tapi Bila Dah Mula Solat…” Rita Rudaini Beri Galakan, Jangan Malu Baca Al-Quran

Mya Amri 11/09/2020 | 06:08 MYT
Pelakon Rita Rudaini memberi galakan kepada mereka yang mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan supaya tidak malu untuk membaca Al-Quran walaupun mempunyai kekurangan.
Rita menerusi akaun Instagramnya berpendapat, rasa malu itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama.
“Tak apa, belum cukup baik, belum cukup alim, belum cukup mulia, belum cukup itu ini kerana itu manusia yang nilai
“Yang adil nilai kita adalah DIA... Nak berubah, nak baca Quran malu takut kena perleceh dengan kawan-kawan?
“Tak apa… Bukan depa yang tolong kita dekat sana nanti. Biaq lah kita macam mana keji, jahat, banyak dosa ka yang penting bila kita dah mula solat, dah mula pegang dan baca Quran bermakna DIA sedang tarik tangan kita ke arah DIA.
“Tak rasa terharu ka? Tak rasa bangga ka DIA masih sayang dekat kita walaupun kita ni sekeji-keji sehina-hina makhluk yang banyak dosa dengan DIA?” coretnya.
Selain itu, Rita juga memberi galakan supaya mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat selepas solat fardhu.
“Al -Kahfi surah ni ada 110 ayat...Ya panjang... Bila ada masa lebih bacalah satu surah. Tapi Allah memang bagi kita mudah.
“DIA cakap baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pun DIA dah bagi hadiah, itu pun kita kata tak boleh buat ke? Tak sampai 5 minit kan.
“Kalau DIA bagi masa kat kita untuk hidup, tak akan kita tak boleh luangkan masa 5 minit baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al-Kahfi?
“Punya DIA sayang kat kita, DIA permudahkan lagi itu pun kita liat nak baca apatah lagi nak buka AL-QURAN...
“Amalkan setiap Jumaat dan lepas solat fardhu sebelum kita bangun jalankan tugas kita dekat dunia.
“Syukur di beri peluang untuk berubah. Syukur ditegur cara lembut oleh DIA… Buatlah walaupun kadang-kadang tak cukup lama-lama akan lengkap.
“InsyaAllah ‘itulah’ yang merawat hati kita yang rosak untuk perlahan-lahan berjalan ke arah DIA,” kongsinya.

Al kahfi surah ni ada 110 ayat...ya panjang...bila ada masa lebih baca lah 1 surah...tp ALLAH mmg bg kita mudah...DIA ckp baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pon DIA dah bg hadiah...tu pon kita kata xboleh buat ke? Xsampai 5mnt kan..klau DIA bg masa kt kita utk hidup,xkan kita xle luangkan masa 5mnt baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al kahfi? ...punya DIA syg kt kita,DIA permudahkan lg...tu pon kita liat nak baca apatah lg nak buka AL-QURAN... Amalkan setiap jumaat dan lps solat fardhu sblm kita bgn jlnkan tugas kita kt dunia...xpa,blum cukup baik,blum cukup alim,blum cukup mulia,blum cukup itu ini,kerana itu manusia yg judge ...yg adil judge kita adalah DIA...nk berubah,nk bc Quran,malu takut kena perleceh dgn kwn2? Xpaaa..bukan depa yg tolong kita kt sana nnti...biaq lah kita mcm mana keji,jahat,byk dosa ka..yg penting bila kita dah mula solat,dah mula pegang n bc quran,bermakna DIA sedang tarik tgn kita ke arah DIA...xrasa terharu ka? Xrasa bangga ka DIA masih syg kt kita walaupon kita ni sekeji2 sehina2 makhluk yg byk dosa dgn DIA? Syukur..di beri peluang utk berubah...Syukur,di tegur cara lembut oleh DIA ?...buatlah,walau pon kdg2 xcukup lama2 akan lengkap..insyaallah ‘itulah’ yg merawat hati kita yg rosak utk pelan2 berjln ke arah DIA... “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi) Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” SALAM JUMAAT ❤️

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan namun bercerai pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
#Rita Rudaini
;