Hiburan

"Walau Saya Banyak Kurang, Tapi Tak Boleh Tengok Orang Guna Agama Untuk ..." - Dr. Amalina

gempak
Amri Hassan
14/12/2019
03:26 MYT
Sponsor Banner
"Walau Saya Banyak Kurang, Tapi Tak Boleh Tengok Orang Guna Agama Untuk ..." - Dr. Amalina
Pelatih pakar bedah Dr. Amalina Bakri menyatakan keluhan terhadap segelintir pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan diri.
Jelas Amalina, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku terutama di Malaysia.
"Saya memang tidak boleh melihat orang yang mempergunakan agama untuk menipu dan mengaut keuntungan.
"Walaupun saya banyak kekurangan daripada segi agama, tidak sama sekali saya akan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain.
"Sangat sedih apabila melihat perkara ini berlaku secara berleluasa di Malaysia tanpa tindakan yang tegas," tulisnya. Tweet itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan terbabit.
"Point doktor Amalina ni dia nak bagi kesedaran jangan mudah tertipu dengan orang yang gunakan agama untuk tujuan perubatan ni.
"Tengoklah semakin banyak produk yang gunakan agama dalam perubatan tanpa ada kajian saintifik. Pastu menipu boleh sembuhkan mcm-macam penyakit," puji salah seorang pengguna.
Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan semula hingga menyentuh soal aurat Amalina.
"Tidak menutup aurat dengan sengaja juga dikira sebagai mempersendakan hukum Tuhan," tulis salah seorang pengguna.
"Saya tak faham, satu nak tanya. Jangan marah... Bila you nak bertudung," soal pengguna lain pula.
Tweet yang mendapat lebih 11 ribu ciapan itu terus tular dengan perbahasan netizen sesama sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024