Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Walau Serik Dengan Perkahwinan Terdahulu, Ezlynn Beri Masa 2 Tahun Tamat Status Janda

Syafiqah Jalal 15/07/2019 | 10:35 MYT
Penyanyi Ezlynn akui masih mempunyai hasrat untuk berkahwin dan memiliki zuriatnya sendiri meskipun serik dengan perkahwinan terdahulu.
Kata Ezlynn, 38, dia berharap dapat bertemu jodoh dalam masa dua tahun.
“Saya akui serik dengan perkahwinan terdahulu tetapi dalam masa yang sama saya menginginkan perkahwinan yang indah dengan zuriat saya sendiri.
“Lagipun tinggal dua tahun lagi usia saya sudah mencecah 40 tahun dan saya bimbang lewat untuk menimang cahaya mata.
“Bagaimanapun, sehingga kini saya masih mencari dan jodoh saya belum tiba,” katanya kepada Gempak.
Ezlynn ditemui di acara pertunjukkan fesyen Alike Spring Summer Collection 2020 yang berlangsung di Istana Budaya minggu lalu.
Pun begitu, Ezlynn memberitahu bukan mudah hendak mencari teman hidup dan dia kini lebih berhati-hati.
“Sejujurnya saya masih lagi mencari, berkawan itu ramai tetapi belum ada yang sesuai dan menepati ciri-ciri lelaki yang saya idamkan.
“Saya mahukan lelaki yang bertangungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya seperti yang disebut dalam surah Al-Baqarah,” jelasnya lagi.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy, yang juga bekas pengurusnya, pada 20 November 2011.
Rumah tangga mereka hanya bertahan enam tahun sahaja dan bercerai pada Oktober 2017.
#Kahwin #Anak #Ezlynn #Kahwin #Janda
;