Walau Sering Dikecam, Aliff Syukri Tak Serik, Bakal Lancar Lagu Terbaru!

Amri Hassan
Ogos 7, 2018 11:39 MYT
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya tidak pernah lari dari kontroversi dan kecaman netizen.
Terbaru, menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya, usahawan ini mendedahkan bahawa dia bakal melancarkan lagu terbaru yang diberi judul Bobo Di Mana.
Lagu terbaru itu turut menampilkan rakan baiknya Nur Sajat dan seorang artis dari Indonesia, Lucinta Luna.
"Nantikan lagu terbaru saya yang bakal 'meletup' di Asia Tenggara, lagu ini bertajuk Bobo Di Mana.
"Insya-Allah lagu ini akan dilancarkan dalam masa tiga minggu lagi," tulisnya.
Sebelum ini, Aliff telah mencetuskan kontroversi dengan kemunculan lagu Abang Nak Tegur yang juga hasil duet bersama Nur Sajat.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Aliff Syukri
#Aliff Syukri