HIGHLIGHTS

Walau Sudah Bergelar DATIN, Lisa Surihani Kekal Sederhana, Mekap Tipis Je, Jumpa di Event Pun Simple Je Pakai

Afiza Kamarulzaman 20/11/2021 | 05:32 MYT
Pada Hari Wilayah 1 Februari lalu, pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim antara 335 penerima dipilih untuk penganugerahan Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.
Dan, semalam, berlangsungnya penyampaian rasmi penganugerahan tersebut di Istana Negara, jam 10 pagi oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Memetik ucapan beliau di Harian Metro, ujarnya, "Penganugerahan ini bersempena Hari Wilayah 2021 tempoh hari. Ia kerana majlis tertunda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika itu.
"Ini anugerah yang sama untuk penerimaan gelaran Datuk itu. Cumanya majlis baharu dapat diadakan pada hari ini," katanya.
Terdahulu, Yusry berkongsi hantaran menyatakan rasa syukurnya terhadap pencapaian itu di Instagram. Turut hadir menemani beliau ialah isterinya Datin Lisa Surihani.
#Lisa Surihani #Yusry #Datuk