Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Walau Tak Berapa Sihat, Fasha Tetap Beri Komitmen!

Kamaruddin Razal 14/11/2019 | 12:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha memberitahu bahawa keadaan kesihatan dirinya tidak berapa mengizinkan baru-baru ini.
Bercakap kepada HLive, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, menjelaskan, kesihatannya sedikit terjejas berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Suara saya tak mengizinkan. Tak berapa sihat. Cuaca pun tak berapa baik sebab saya sekarang ini menjalani penggambaran hari-hari.
"Kadang-kadang apabila tengah shooting, kita perlu pergi ke hujan. Lepas tu cuaca panas lagi, kemudian hujan lagi. Cuaca tak berapa mengizinkan untuk saya terlalu aktif," katanya.
Biarpun tidak berapa sihat, kata Fasha, dia akan tetap memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerja.
"Apapun, kerja tetap perlu dilakukan, komitmen perlu diteruskan. Lagipun saya kini masih terlibat dengan penggambaran sebuah drama 65 episod," kongsinya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu kembali berbadan dua selepas mengalami keguguran pada Jun lalu.
Bagaimanapun, Fasha enggan mengiyakan atau menafikan desas-desus tersebut.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon
;