Hiburan

"Walau You Dah Lumpuh, Kasih Sayang & Setia I Tak Lumpuh" - Suami Amyza Aznan Diserang Strok

gempak
Amri Hassan
09/10/2019
04:02 MYT
Sponsor Banner
"Walau You Dah Lumpuh, Kasih Sayang & Setia I Tak Lumpuh" - Suami Amyza Aznan Diserang Strok
Pelakon Amyza Aznan memaklumkan dia kini sedang sibuk menguruskan suaminya Khairil Izhar Mohd Nazir yang lumpuh akibat serangan strok.
Jelas Amyza lagi, situasi berkenaan membataskannya untuk berkongsi perkembangan kerjayanya dalam bidang pengacaraan majlis dan lakonan.
"Walau you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh.
"Saya minta maaf kepada semua client yang saya buat emcee majlis dan produksi.
"Bukan tak nak kongsi aktiviti saya di Instagram dan bukan pilih bulu tetapi sebenarnya sekarang lagi penting untuk saya fokus iaitu suami saya, dia strok.
"Insya-Allah suatu hati annti saya akan kongsikan kerja-kerja pengacaraan dan penggambaran itu," tulis Amyza.
Amyza dalam masa sama menerusi IG Tv yang dimuat naik di platform media sosialnya melayangkan ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-16.
"Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku sayang. Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai B.
"Walaupun B strok, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti.
A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on
Sebelum ini, Amyza pernah beberapa kali berkongsi keadaan suaminya yang diserang sakit jantung hingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
BACA: "Saya 'Lost' Tanpa Dia" - Amyza Aznan Minta Doa, Suami Diserang Sakit Jantung
Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 13, Adrian, 10, dan Ayden, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live