“Walaupun Ada Kekurangan Ia Menjadi Memori Kami”- Akim Bangga Sarung Baju Raya Hasil Jahitan Stacy

Syafiqah Jalal
Jun 20, 2018 06:18 MYT
Penyanyi Akim Ahmad akui bangga dia dan keluarganya dapat memakai baju raya yang dijahit sendiri oleh isterinya Stacy sempena Aifilfitri ini.
Akim, 27, berkata walaupun ada kekurangan di dalam jahitannya namun ia akan menjadi memori terindah buatnya.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya Akim melahirkan rasa bangga tersebut.
Dalam entri yang sama dia memuat naik gambar keluarganya yang memakai sedondon baju berwarna merah di hari raya.
Akim berkahwin dengan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia setahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun.
Sumber: IG Akim
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Akim Ahmad #Stacy #Penyanyi #Raya