,
Laman Utama

Walaupun Banyak Buat Silap, Tok Ram Tetap Puji Sa.Ya - “Mereka Artis Yang Bertanggungjawab”

Izwan Isa
10/01/2022
01:50 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS mendedahkan penyingkiran kumpulan Sa.Ya pada malam Ahad lalu adalah disebabkan kesalahan pada teknik nyanyian, khususnya pada bahagian harmoni.
Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkata, banyak nota nyanyian yang dilantunkan oleh Sa.Ya kedengaran sumbang menerusi persembahan mereka pada malam berkenaan.
“Kumpulan Sa.Ya merupakan seorang pelawak dan bukan seratus peratus penyanyi. Saya pernah memberitahu mereka yang masa mereka akan ‘sampai’ dan ternyata, malam ini (malam konsert Gegar Vaganza 8) mereka tersingkir.
“Bagi saya, mereka melakukan banyak kesilapan, terutama pada nota-nota nyanyian yang sumbang dan kesalahan pada teknik harmoni,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Tok Ram berkata, Sa.Ya yang terdiri daripada Saiful Apek dan Yassin Yahya itu boleh meneruskan karier nyanyian mereka. Namun, pasangan duo itu memerlukan masa yang lebih lama untuk benar-benar matang sebagai penyanyi.
“Hampir seluruh karier mereka berada dalam lingkungan lawak dan komedi dan menyanyi merupakan hal nombor. Bagi saya, jika mereka ingin terus menyanyi, mereka perlukan sekitar 10 hingga 15 tahun lagi untuk benar-benar bersedia.
“Tapi, it’s ok. Mereka boleh teruskan. Saya gembira dengan mereka kerana mereka merupakan artis yang bertanggungjawab. Setiap tugasan yang diberi dilaksanakan, walaupun tidak mencapai piawaian,” katanya lagi.
Sa.Ya menjadi bidang kelima tersingkir selepas Bandi Amuk, Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan trio Nico G.
Pada malam konsert kelapan tersebut, Sa.Ya menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan Iklim menerima markah sebanyak 58.20% selepas Shidee dengan markah 58.60%.
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

gempak
12/09/2024
06:25 MYT
Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

gempak
03/09/2024
23:55 MYT
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).