Penyanyi Dr. Soo Wincci terpaksa terbang kembali ke Sepanyol untuk menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) keduanya.

Soo Wincci, 35, berkata meskipun berada dalam ketakutan serta menempuh pelbagai cabaran disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara namun pengajjiannya tetap diteruskan.

“Tak kira betapa susah perjalanan ini namun pendidikan kena diteruskan , jutaan penghargaan buat Spanish Embassy.

“Saya sudah terbang, walaupun takut kena mara ke depan.

“Ini fenomena yang baru dan berbeza buat kebanyakan pelajar di lapangan terbang ini,” katanya.

Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbaharunya dia berkongsi beberapa posting yang menunjukkan perjalannya ke sana.
Difahamkan, Wincci baru tiba di Sepanyol malam semalam.

Berkongsi pengalamannya, Wincci berdebar-debar lebih-lebih lagi kereta api yang dinaiki kosong.
“Selamat sampai Valencia Spain. Berdebar-debar.

“Kereta api di Sepanyol kosong,” kongsinya.

Terdahulu, Wincci sudah memperolehi PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.

Malah, Wincci mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College, Sepanyol semenjak tahun 2017.

After few rounds of tight checkings with alot of documents to show , finally I am boarding , plz pray for me ok , hopefully all goes smoothly 在机场经过几轮严厉的checking, 终于可以顺利上飞机了,希望一切顺顺利利 Lepas checking yg ketat, dah boleh boarding, sila berdoa agar segala Akan lancar ya #inwincciblejourney #spain #malaysia #klia

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Good morning Malaysia, dah sampai Turkey, sekarang tunggu untuk transit ;) Phenomena yg berlainan Airport kebanyakan pelajar ;) 在土耳其转机, 机场里多数都是学生 ;) Morning Malaysia, transiting now in Turkey, whole airport majority are students ;) #inwincciblejourney #turkey #roadto2ndphd #turkishairlines #journey #students #airport

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on