“Walaupun Berada Dalam Ketakutan…”- Soo Wincci Terbang Ke Sepanyol, Demi…

Syafiqah Jalal
September 24, 2020 04:44 MYT
Penyanyi Dr. Soo Wincci terpaksa terbang kembali ke Sepanyol untuk menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) keduanya.
Soo Wincci, 35, berkata meskipun berada dalam ketakutan serta menempuh pelbagai cabaran disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara namun pengajjiannya tetap diteruskan.
“Tak kira betapa susah perjalanan ini namun pendidikan kena diteruskan , jutaan penghargaan buat Spanish Embassy.
“Saya sudah terbang, walaupun takut kena mara ke depan.
“Ini fenomena yang baru dan berbeza buat kebanyakan pelajar di lapangan terbang ini,” katanya.
Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbaharunya dia berkongsi beberapa posting yang menunjukkan perjalannya ke sana.
Difahamkan, Wincci baru tiba di Sepanyol malam semalam.
Berkongsi pengalamannya, Wincci berdebar-debar lebih-lebih lagi kereta api yang dinaiki kosong.
“Selamat sampai Valencia Spain. Berdebar-debar.
“Kereta api di Sepanyol kosong,” kongsinya.
Terdahulu, Wincci sudah memperolehi PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.
Malah, Wincci mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College, Sepanyol semenjak tahun 2017.
#Penyanyi #Soo Wincci #Penyanyi #Belajar #Sepanyol