"Walaupun Berlainan Ibu Tapi Tetap Dalam Satu Keluarga" - Salih Yaacob

Rozaimi Zubaidi
April 5, 2019 03:43 MYT
Pelakon dan penyampai radio Sinar, Salih Yaacob mengakui bersyukur apabila dikurniakan sebuah keluarga bahagia bersama isteri-isterinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Salih menjelaskan walaupun anaknya mempunyai berlainan ibu namun mereka masih bahagia hidup dalam sebuah keluarga.
"Walaupun berlainan ibu tapi tetap dalam satu keluarga. Sweeeeet sampai ke Jannah.
"Tugas papa sudah selesai. Sekarang tugas jatuh pada suami. Selamat melayari kehidupan seterusnya.
"Yang penting happy. Sweeeeeet. Lepas ini orang lain pulak. Siape ye?," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Salih dalam menjaga keluarganya dan mendoakan kebahagian bersama isteri-isterinya.
Terdahulu, Salih pernah berkahwin dengan empat orang isteri namun jodohnya bersama isteri kedua tidak berpanjangan dan berpisah pada tahun 2016.
#Penyanyi #Penyampai radio #Penyanyi #Salih Yaacob