Penyanyi popular Hollywood, Jennifer Lopez (JLo) dikhabarkan sudah bersedia untuk membina rumah tangga bersama aktor Ben Affleck.

Memetik laporan HollywoodLife, JLo walaubagaimanapun tidak terburu-buru untuk mengikat tali pertunangan bersama bekas tunangnya itu.

"JLo sudah bersedia untuk berkahwin dengan Ben, dia tentu akan menerima lamaran pelakon tersebut," kata sumber.

Difahamkan, penyanyi lagu Let's Get Loud ini mahu proses lamaran Ben berlaku secara bersahaja.

Terdahulu, JLo dan Ben pernah bertunang pada tahun 2002.

Mereka juga pernah merancang untuk berkahwin, namun hubungan yang dijalin terhenti pada Januari 2004.

Mereka kemudiannya membawa haluan dengan pilihan hati masing-masing, namun setelah kembali bujang, hubungan cinta bertaut kembali.

Pada April 2021, JLo mengesahkan putus tunang bersama Alex Rodriguez.

Foto: Glamour