Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Walaupun Covid, Saya Akan Buktikan!” - Counting Days...Calon SPM Dah Ready?

Hanafis Haris
17/02/2021 12:44 MYT

Selepas beberapa kali ditunda, calon pelajar tingkatan lima akhirnya menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam hala tuju pendidikan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Biarpun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, namun Malaysia terus mencari penyelesaian terbarik termasuk memastikan keselamatan serta kesihatan pelajar sepanjang peperiksaan itu berlangsung.

Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, bahang SPM semakin dirasai apabila ramai pelajar yang berkongsi aktiviti pembelajaran mereka.

Sesetengah juga calon dilihat masih bersemangat biarpun ada beberapa aspek terpaksa dilakukan dalam norma baru.

Malah, ada juga yang mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada kenalan, ibu bapa dan guru-guru sebagai persediaan sebelum berdepan peperiksaan.

Tidak kurang juga yang menghitung hari tarikh SPM bermula.

“SPM nak dekat, rasa berdebar pula”

“Tak lama lagi SPM, saya nak minta maaf jika ada salah silap”

“Saya cuba dapatkan semua A walaupun agak susah SPM kali ni” tulis beberapa calon di Twitter.

Untuk makluman, SPM bakal bermula 22 Februari inii dan pelajar yang dijangkiti COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin perlu mengemukakan surat atau bukti daripada pihak hospital.

Bagaimanapun, calon yang sembuh atau habis tempoh kuarantin ketika peperiksaan masih berjalan, mereka perlu menduduki baki kertas peperiksaan yang ada.

Apapun Gempak doakan semua pelajar SPM kali ini tetap cekal dan cemerlang!

#Viral #SPM #Twitter #Pandemik
;