Hiburan
Walaupun Cuaca Jadi Halangan, Cinematorafi Langit Cinta Tetap Hebat
Buah tangan terbaru pengarah Osman Ali, Langit Cinta, bukan sahaja mempertaruhkan barisan pelakon terbaik tetapi turut memberikan cinematografi paling hebat berbanding filem-filem arahannya sebelum ini.
Menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, Normah Damanhuri dan Dian P. Ramlee, penggambaran filem yang dijalankan di Pulau Langkawi itu memberikan kepuasan menerusi cinematografinya.
Bagaimanapun bukan mudah untuk mendapatkan pemandangan indah dan hebat seperti yang bakal anda tonton nanti, kerana ada bebarapa halangan yang terpaksa ditempuhi ketika proses pembikinannya di Pulau Tuba, Langkawi. Antaranya:
1) Proses penggambaran filem ini juga memakan belanja besar untuk membawa kren dan lori masuk ke pulau menggunakan kapal kargo.
2) Produksi juga mengambil masa untuk mencari rumah kayu sepenuhnya di tepi laut tetapi tiada, jadi mereka membinanya sendiri dan ia berjaya disiapkan dalam masa tiga minggu.
3) Selain itu, jambatan dan jeti juga dibina sendiri untuk menyokong jalan cerita filem ini. Jadi, jeti ini sangatlah penting. (Nak tahu kenapa penting...kenalah tonton sendiri!).
4) Masalah cuaca adalah yang terbesar kerana hujan lebat. Penggambaran yang sepatutnya siap dalam tempoh 35 hari, terpaksa dilanjutkan sehingga 50 hari!
5) Pernah mendapat amaran tsunami, dan itu sangat membimbangkan. Namun, filem ini berjaya juga disempurnakan.
Jom Astro Gempak ‘belanja’ beberapa keping foto cinematografi Langit Cinta, Nak tengok lebih, kenalah tonton sendiri pada 7 Januari 2016 ini nanti: