Hiburan
"Walaupun Dah Umur Sembilan Bulan Baru Sempat Buat..." - Majlis Aqiqah Anak Betty Rahmad Terlaksana
Pelakon Betty Rahmad telah mengadakan majlis aqiqah buat anaknya, Ardy Wira yang berlangsung semalam.
Menurut Betty, dia bersyukur kerana hasrat untuk mengadakan majlis aqiqah untuk Ardy akhirnya terlaksana meskipun usia anaknya itu telah mencecah sembilan bulan.
Perkara itu dikongsi menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
"Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira walaupun dah umur 9 bulan baru sempat nak buat.
"Rasa macam pengantin pun ada hari ini duduk atas pelamin, dulu panggil buat pelamin malam berinai, hari ini pelamin aqiqah pula," tulis Betty sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Betty meninggalkan respon positif dan mendoakan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Imbas kembali, Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Must-Watch Video