"Walaupun Dia Bukan Islam..." -  Yatt Hamzah Puji Usaha Rihanna Bantu Lubnan

Asraf Aided
Ogos 18, 2020 10:55 MYT
Pelakon Yatt Hamzah memuji usaha penyanyi popular Hollywood, Rihanna yang mengajak para pengikutnya seramai 100 juta di Instagram untuk menderma ekoran kejadian letupan di Beirut, Lubnan awal bulan lalu.
Menurut Yatt, meskipun bilangan pengikutnya tidak begitu ramai, namun dia berharap agar ramai yang menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas di negara itu.
"Rihanna telah meminta 100 juta pengikutnya di Instagram untuk menderma bagi membantu Beirut, walaupun dia belum lagi Muslim, dia tetap bantu atas dasar kemanusiaan.
"Dan walaupun pengikut saya tak sampai pun 1 juta, saya tetap nak mohon semua followers untuk menderma sejak awal peristiwa dahsyat itu berlaku," tulis Yatt di Instagram.
Sementara itu, Yatt berharap agar sumbangan dari rakyat Malaysia mampu mencecah sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000.
"Mungkin telah berjuta dana dari pengikut Rihanna dikumpulkan, saya hanya mohon untuk kumpulkan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000 dari rakyat Malaysia, jika dapat.
"Alhamdulillah, hampir RM25,000 telah berjaya dikumpul, saya harap dapat capai target RM50,000, ayuh bantu Beirut, sebarkan post ini, saya mohon, demi manusia, demi agama," tulisnya lagi.
Di penghujung kapsyen, Yatt telah menyertakan butiran lengkap sebuah pertubuhan yang menguruskan wang sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang terjejas di Lubnan.
#Yatt Hamzah #Letupan #Rihanna #Lubnan