,
Gegar Vaganza 6

"Walaupun Dia Tak Sempat Dengar ..." - Naqiu Abadikan Lagu Tinting Buat Arwah Ibu

Amri Hassan
04/12/2019
09:14 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy mendedikasikan lagu Tinting nyanyian asal Noraniza Idris yang akan dipersembahkan pada konsert kesembilan minggu ini buat arwah ibunya.
Tercetus sedikit rasa terkilan Naqiu menyifatkan arwah ibunya merupakan peminat tegar genre irama tradisional dan etnik kreatif.
"Minggu ini saya akan menyanyikan pula lagu Ratu Etnik Kreatif, bayangkanlah apa yang ada dalam hati saya.
"Kali terakhir saya menyertai pertandingan lagu-lagu asli ketika tahun 2000. Selepas itu, memang genre ini sangat jarang saya nyanyikan.
"Saya anggap lagu ini ditujukan buat arwah ibu saya yang memang 'champion' bab-bab lagu genre sebegini, walaupun dia tak sempat dengar," katanya kepada Gempak.
Naqiu mendedahkan dia pernah menjuarai pertandingan lagu ghazal peringkat kebangsaan sekitar 20 tahun lalu sebelum serius dalam genre pop.
Kehebatan Naqiu di pentas GV semakin terserlah apabila sering menjuarai kedudukan mingguan.
Malah, Naqiu berjaya mencuri hati ramai apabila mempersembahkan lagu Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dengan caranya tersendiri yang luar biasa.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Hiburan

"Jangankan Gunung Fujiyama" - Lirik Lagu Viral 'Cintaku Sampai Ke Ethiopia' Yang Pernah Dinyanyikan The Gadys & Noraniza Idris!

gempak
03/03/2024
12:46 MYT
Lagu nyanyian Ria Resty Fauzy berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia mula menjadi tular
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: “Hati Kama Tak Sama Dengan Lagu Duet Saya Yang Lain Sebab…” - Noraniza Idris

gempak
20/11/2023
02:55 MYT
Noraniza Idris akui Hati Kama sebuah karya istimewa
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Tugasan Konsert Ke-8, Funfair Tok Ram! - "Semua Lagu Terjun Bangunan!"

gempak
08/11/2023
06:55 MYT
Memang luar forte!