Hiburan

"Walaupun Dua Kali Terbelit Tali Pusat Tapi .." - Isteri Selamat Bersalin, Hafizul Kamal Dapat Anak Perempuan

gempak
Zulaikha Yusof
11/12/2019
01:27 MYT
Sponsor Banner
"Walaupun Dua Kali Terbelit Tali Pusat Tapi .." - Isteri Selamat Bersalin, Hafizul Kamal Dapat Anak Perempuan
Aktor Hafizul Kamal selamat menimang cahaya mata perempuan semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hafizul berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
"Alhamdulillah seorang lagi princess untuk daddy," tulisnya secara ringkas.
Hafizul telah memuat naik foto menggendong anaknya namun tidak didedahkan secara jelas wajah bayi tersebut.
A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on
Dalam pada itu, isterinya, Mieja Ibrahim turut berkongsi di laman Twitter miliknya.
Kata Mieja, mereka terpaksa menghadapi situasi getir apabila tali pusat bayi tersebut terbelit sebanyak dua kali ketika pembedahan dijalankan.
"Alhamdulillah. Raisya dapat adik perempuan berat 2.75kg pukul 8.30am tadi.
"Walaupun dua kali terbelit tali pusat tapi doktor berjaya keluarkan baby dalam keadaan selamat," tulisnya. Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Hafizul dan Mieja serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.
Terdahulu, pelakon filem PASKAL The Movie ini mendirikan rumah tangga dengan Mieja pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024