“Walaupun Dulu You Susah Nak Mengurat I Tapi…” - Romantisnya! Norreen Iman Kongsi Foto Mesra Dengan Suami
Asyikin Mayudin
21/10/2022 01:55 MYT
21/10/2022 01:55 MYT
Perkongsian beberapa keping foto mesra pelakon Norreen Iman bersama suaminya, Razzi Razak di laman Instagram menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, Norreen meluahkan rasa sayang terhadap Razzi selain mendedahkan bukan mudah suaminya untuk memikat hatinya.
“Tak ada apa yang boleh gambarkan banyak mana yang saya cinta awak baba. Walaupun dulu you susah nak mengurat I tapi...
“Kembang pula ayat-ayat novel ini haha. Nanti ah sambung,” katanya.
Foto-foto mesra yang dikongsikan itu diambil ketika pasangan suami isteri tersebut menikmati percutian di Resorts World Cruises.
Seperti yang dijangka, Norreen turut memuat naik foto dia bercumbuan dengan suami namun dikaburkan.
Bagaimanapun, pelakon drama siri Rindu Awak Separuh Nyawa ini memilih untuk tidak membuka ruang komen di perkongsian tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!