Laman Utama

Walaupun Filem Komedi Seram, Tapi Ada Yang Sedih Tengok Ending Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut!

gempak
Asraf Aided
15/07/2021
10:50 MYT
Sponsor Banner
Walaupun Filem Komedi Seram, Tapi Ada Yang Sedih Tengok Ending Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut!
Filem arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut masih mendapat sambutan hangat sejak mula ditayangkan 8 Julai lalu.
Filem ini masih berada di tangga teratas dalam Carta Filem Top 5 Astro First sehingga semalam.
Menerusi pemerhatian Gempak di media sosial, ramai yang terhibur dan menyukai filem komedi seram ini selepas menontonnya.
Dalam pada itu, ada juga penonton yang merasakan pengakhiran filem ini menyedihkan meskipun telah dihidang dengan pelbagai jenaka sebelum itu.
"Genre komedi seram, ending sedih," tulis Jeremy Ramlan di saluran YouTube Astro Shaw.
Selain itu, ada juga yang teruja untuk menonton JTKTAPT bersama keluarga di rumah ketika musim lockdown ini.
"Tak sabar, stay at home, movie night bersama keluarga, popcorns!" tulis Rudy Dody di platform yang sama.
Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.
Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.
Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.
Filem yang tidak berat sebegini sesuai dijadikan hiburan di rumah ketika kita semua masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini.
JTKTAPT menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menontonnya okay!
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024